Followers

Monday, May 31, 2010

MAKIN TINGGI ILMU DUNIA, MAKIN BUTA ILMU AKHIRAT....


(email inbox..)


Utk tujuan pengetahuan umat islam semua.......inilah tanda2 mereka yg begitu taksub dgn perkara duniawi....tidak boleh fikir yg mana haram dan halal.seterusnya mengelirukan generasi muda yg kurang pengetahuan ttg agama islam...

PROF. DR. SITI MUSDAH MULIA MENDAPAT ANUGERAH KRN HALALKAN HOMOSEKSUAL LESBIAN & GAY.

Barat akan terus memberikan pengiktirafan tinggi kpd individu2 yg berjaya memalukan Islam. Jika sebelum ini Salman Rusdie (Novelis the satanic verses), Aayan Hirsi Ali (wanita somalia yg murtad dibawah pelindungan Belanda), Taslima Nasrin (penulis Bangladesh) dianggap wira, dan kini wirawati terbaru ialah Prof. Dr. Siti Musdah Mulia, seorg pendukung Liberal Feminisme yg menyokong lesbian, gay & homoseksual. Pengiktirafan itu diterima pd 26 Nov.2009 dari Premio Internazionale La Donna Dell Anno Year 2009 di Saint Vincent, Itali. Dia berjaya menewaskan 2 finalis lain iaitu Aicha Ech Channa yg memperjuangkan ibu2 tunggal di Magribi & Mary Akrami yg memberi perlindungan, pelajaran, kemahiran & bantuan kpd wanita2 Afghanistan.

Persoalannya mengapa Dr. Siti Musdah yg terpilih sbgai pemenangnya??
Jawapannya kerana : Beliau merupakan kaunselor, penulis agama yg terkenal di Indonesia, juga ketua Lembaga Agama & Gender, Ahli Peneliti Utama Syarahan Keagamaan, Pensyarah Pemikiran Politik Islam di universiti Islam Syarif Hidayatullah & Prof. Penyelidik kajian Sains Indonesia. Itulah faktor utama yg menjadi perhatian barat utk memilihnya sbgai pemenang, yakni keberanian seseorg dlm menentang aliran pemikiran umum & tradisi.

Perkara yg ditentang hebat oleh wanita ini adalah yg termaktub dlm Al-Quran & Hadis, mengetuai perbincangan hukum2 Islam dgn membuat resolusi. Diantaranya:
1. Poligami tidak sah & mesti dibatalkan secara undang2.
2. Perkahwinan berbeza agama dikira sah.
3. I'ddah bukan hanya utk wanita tetapi lelaki juga dgn tempoh masa i'ddah 130 hari.
4. Isteri juga boleh menjatuhkan talak.
5. Harta warisan anak laki2 & perempuan adalah sama.

Kini beliau bersama rakan2 perjuangan sdg menyebar-luaskan idea tersebut dgn bantuan The Asia Foundation (dana tajaan Amerika) yg mendukung gagasan Liberalisme. Klimaks pendirian beliau adalah mahu menghalalkan sesuatu yg diharamkan. Bagi wanita ini, homoseks,gay,lesbian dianggap perkara semula jadi & ia diciptakan oleh Tuhan, maka sudah tentulah dibolehkan dlm agama. Yg peliknya...pendapat beliau disokong oleh wakil dari Nahdatul Ulama (NU) Nurofiah serta Soffa Ihsan (Pengarah utusan Mata Air).

Pendapat mereka adalah:
1. Pengharaman homoseks ini sebenarnya dilakukan oleh ulama2 yg berfikiran sempit.
2. Allah memandang manusia sama saja. Yg dipandang mulia adalah takwa, & takwa hanya layak dihakimi oleh Allah.
3. Hidup diamalkan atas kepelbagaian & kesamarataan termasuk soal seks.
4. Homoseks hanya dibantah oleh masyarakat jumud tetapi bukannya agama.
5. Gay/Lesbian sama saja dgn org lain, yg penting hormat-menghormati & menjaga maruah.
6. Ijtihad baru mesti dilakukan supaya masyarakat tidak beku dlm pemikiran lapuk.

Masyarakat Bissu & Penorogo di Makassar, Indonesia menerima baik homoseks ini malah meletakkan golongan itu ditempat yg tinggi dlm masyarakat. Diatas keberanian/kelantangan Dr.Musdah inilah beliau disanjung, dihargai oleh barat hingga meraih pelbagai anugerah dlm sumbangannya itu. Inilah contoh wanita yg berani menyatakan kebenaran utk menghancurkan umat Islam hari ini lalu menganggap dirinya sbg mujtahid dgn berkata " Aku tidak takut dgn org2 yg menghalangi jalan pekerjaan aku.."

Info wanita sesat ini : Lahir di Bone Sulawesi 3 Mac 1958. Pengerusi NGO persidangan Agama utk Keamanan Indonesia. Penasihat kanan kpd Menteri Hal-ehwal Agama. Ketua bhgn penyelidik Majlis Ulama Indo (MUI) serta Fellow pelbagai universiti. Penulis buku Muslimah Reformis, Islam Mengkritik Poligami, & Islam - Inspirasi Kesamaan Gender. Melancarkan The Counter Legal Draf ( Kompilasi hukum Islam) yg mencetuskan kontroversi.

Sumber : Zulkarnain Zakaria.


till then...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails