Dress Muslimah

Blog Ati Harun's Touch

facebook page

facebook page
Makeup Servis

Followers

Friday, April 11, 2014

kelas mekap klang/ shah alam

atas permintaan.. ade yang bertanya..
so dah set date.. 
kalo nak belajar asas mekap..
boleh roger2 k..
n please whatsapp for more details..

please confirm ur attendance 1 week before class.. 
limited seats only!!!


Saturday, February 22, 2014

PETUA UNTUK MENGURANGKAN & MENGAWAL BERAT BADAN DARI BAHAN2 SUNNAH

REMEDI UNTUK MENGURANGKAN & MENGAWAL BERAT BADAN

Bahanannya adalah :
Madu Lebah
Kurma
Minyak zaitun
Cuka epal
Minyak Habbatus sawda'

Kaedahnya:
Sebelum tidur malam - Madu lebah 1 hingga 3 sudu besar + Cuka Epal 1 hingga 3 sudu besar, dicampur ke dalam secawan air 100ml.
Diminum sebelum tidur. Pastikan tiada pengambilan sebarang pemakanan berat atau ringan sejurus selepas minuman ini diminum. (Sebaik mungkin pastikan membuang air besar sebelum sarapan)

Selepas Bangun Dari Tidur (Sebelum sarapan) - Minum air putih 150ml (sebelum berkumur). Madu Lebah 1 hingga 3 sudu besar + Minyak Zaitun (EVOO) 1 hingga 3 sudu besar + Pati Habbatus Sawda' 1 hingga 3 sudu kecil, digaul kesemua bahan ini dalam satu cawan atau piring, kemudian ditelan. Tidak digalakkan berlapikkan air, air diminum setelah 15-20minit bahan di atas di telan.

Semasa Sarapan - Displinkan diri memakan kurma sekurang-kurangnya 7 biji dan segelas air putih 200ml.

Selepas Makan Tengahari - Ulangi langkah seperti sebelum tidur.

Sebelum Maghrib - Minyak zaitun (EVOO) 1 hingga 3 sudu besar, di telan.

Malam sebelum tidur, ulangi langkah seperti yang tertera di atas.

Nisbah setiap bahan, 3 sudu minyak zaitun = 1 sudu madu lebah. 1 sudu madu = 1 sudu kecil minyak Habbatus Sawda'.

Tempoh pengambilan remedi ini bergantung kepada tahap kegemukan dan masalah berat badan individu. Sebaiknya diamalkan secara konsisten.
Dalam tempoh masa 14 hari, insyaALLAH akan diperlihatkan kesannya.

Berat badan akan menurun secara yang alami tanpa ada kemudaratan. InsyaALLAH.

Elakkan atau kurangkan pengambilan minuman sejuk dan berkarbonat. Kurangkan memakan daging pada waktu malam. Aktifkan diri dengan riadah, walaupun riadah ringan. InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan segala urusan.

Bakal menyusul post berkaitan Remedi Masalah Selulit (wanita) dan Remedi Masalah PJK (perut jalan ke depan) bagi lelaki. InsyaALLAH.

*Ramuan di atas SESUAI untuk penderita gastrik dan TIDAK SESUAI untuk ibu hamil.

Penyakit Al 'Ain - kanak2 berumur bawah 40hari jangan upload gambar

Copy Paste:

"Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik."


Al Ain Bukan Perkara Main-main.

ReUpload KENAPA TIDAK 'UPLOAD'? (Bayi muda 1-40hari)

SalaamULLAHu Alaykum...

Ada sahabat-sahabat yang berada di luar Melaka, baik sahabat sang faqir mahupun sahabat isteri tersayang Muslim Cottage, bertanya, kenapa tidak upload gambar Wan Nur Khadijah AtThohirah(puteri sulung, anak ketiga kami)? (Sewaktu usia 1-40hari)

Toyyib, hasanan, sang faqir akan cuba jelaskan kenapa.

Adapun, umur Nur Khadijah sudah mencecah ke 27hari, AlhamdulILLAH diamankan ALLAH dari segala masalah dan kesukaran setakat ini.

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.

2 permasalahan fizikal melibatkan antibodi dan sawan. 2 permasalahan ini akan sang faqir huraikan dalam posting yang akan datang.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: "Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ezema dan seangkatan dengannya.

Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku, setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz(di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Jika diikutkan perbincangan untuk permasalahan ini luas lagi, cuma cukup dulu setakat ini untuk penjelasan.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.


ni pulak cara mengubatinya

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Diambil dari http://www.alquran-sunnah.com/artikel/kategori/akhlak/818-penyakit-%E2%80%98ain-dan-cara-melindunginya

Adapun di antara tanda-tanda anak yang terkena pengaruh buruk ‘ain adalah :

1.Tangisan yang tidak wajar yang tidak kunjung henti,kejang-kejang tanpa sebab yang jelas, tidak mau menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah rodhiyallohu anha berkata : “Suatu ketika Nabi masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis.Beliau berkata,”Mengapa bayi kalian menangis?Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Kondisi tubuh yang sangat kurus kering

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِرَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir rodhiyallohu anhu bahwa Rosululloh shollallohu alaihi wa sallam memberi rukhshoh (keringanan) bagi anak-anak Ja’far memakai bacaan ruqyah dari sengatan ular. Beliau berkata kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata beliau,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

Sunnah bagi orang yang memandang takjub terhadap sesuatu :

Seperti yang telah dijelaskan di atas,bahwa penyakit ‘ain tidak hanya disebabkan oleh orang yang iri dan dengki terhadap sesuatu yang dipandangnya. Bahkan setiap mata yang memandang takjub terhadap sesuatu dengan izin Alloh juga bisa menyebabkan pengaruh buruk ‘ain walaupun orang tersebut tidak bermaksud menimpakan ‘ain. Bahkan ini terjadi pada para sahabat Nabi yang sudah terkenal akan kebersihan hati mereka.

Adapun diantara sunnah ketika seseorang memandang takjub terhadap sesuatu adalah :

1. Medoakan keberkahan pada apa yang dilihatnya

Dari Amir bin Robi’ah rodhiyallohu anhu :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ أَوْ مِنْ نَفْسِهِ أَوْ مِنْ مَالِهِ مَا يُعْجِبُهُ فَلْيُبَرِّكْهُ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Rosullulloh shollallohu alaihi wa sallam bersabda : “Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkahan padanya, karena sesungguhnya penyakit ain itu haq (benar). (HR Ahmad).

Di antara cara mendoakan keberkahan terhada apa yang dilihatnya adalah :

بَارَكَ اللَّهُ فِيهِ

‘Ya Alloh Semoga Alloh memberikan berkah padanya”

اللَّهُمَّ بَارِكْعَلَيْهِ

“Ya Alloh berkahilah atasnya”

اللَّهُمَّ بَارِكْلَهُ

“Ya Alloh berkahilah baginya”

2. Hendaklah mengucapkan :

مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

“Sungguh atas kehendak Allohlah semua ini terwujud”

Hal ini didasari firman Alloh dalam surat Al-Kahfi ayat 39. Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat tersebut dengan mengatakan :”Ketika engkau masuk suatu kebun dan kau merasa takjub akan keindahannya,mengapa engkau tidak memuji Alloh atas nikmat yang telah diberikan kepadamu seperti nikmat harta dan anak keturunan yang tidak diberikan kepada selain engkau dan mengapa kamu tidak mengucapkan masya’Alloh la quwwata illa billah.

Upaya-upaya orang tua untuk mengantisipasi anak dari ‘Ain:

1. Hendaklah orang tua membiasakan diri mereka membentengi anak-anaknya dari bahaya ‘ain dengan ruqyah-ruqyah (bacaan-bacaan) yang diajarkan dalam Islam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi shollallohu alaihi wa sallam memohon perlindungan Alloh untuk Hasan dan Husain dengan doa :

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

Aku berlindung kepada Alloh untuk kalian berdua dengan kalimat-kalimat Alloh yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat. (HR Abu Daud)

2. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam Ibnul Qoyyim dalam zadul ma’ad 4/159, hendaknya para orang tua tidak menampakkan suatu kelebihan yang menakjubkan yang dimiliki anak-anaknya yang dikhawatirkan akan mengundang rasa iri atau kedengkian orang yang melihatnya. Lalu Ibnu qoyyim menukil atsar dari Imam Baghowi bahwasanya pernah suatu ketika Utsman bin Affan rodhiyallohu anhu melihat seorang anak kecil yang sangat elok rupanya lagi menawan, kemudian Ustman berkata, “Tutupilah (jangan ditampakkan) lubang dagu (yang membuat orang takjub) pada anak itu.” Maka keadaan seperti itu sangat dikhawatirkan akan terjadinya pengaruh buruk ‘ain. Lebih-lebih kalau ada orang yang terkenal mempunyai sifat iri dan dengki.

3. Hendaklah para orang tua tidak berlebihan menceritakan kelebihan-kelebihan atau kebaikan-kebaikan anaknya yang tidak dimiliki anak-anak lain, sehingga mengundang rasa iri dan dengkii siapa saja yang mendengarnya,kemudian berusaha melihatnya,hingga Alloh menakdirkan terjadinya pengaruh buruk ‘Ain tersebut.

Upaya-upaya orang tua bila anak sudah terkena pengaruh buruk ‘Ain :

1. Jika pelakunya diketahui, maka hendaklah orang itu diperintahkan untuk mandi, kemudian orang yang terkena pengaruh mata itu mandi dengan bekas air mandi orang itu. Hal ini sebagaimana kisah sahabat nabi shollallohu alaihi wa sallam Sahl bin Hunaif rodhiyallohu anhu dalam hadits yang telah lalu,bahwa nabi shollallohu alaihi wa sallam memerintahkan Amir bin robi’ah rodhiyallohu anhu untuk mandi dan sisa air mandinya diguyurkan pada Sahl bin Hunaif rodhiyallohu anhu.

At-Tirmidzi menjelaskan :”Pelaku ‘ain diperintahkan untuk mandi dengan menggunakan air dalam baskom. Lalu meletakkan telapak tangannya di mulut dan berkumur-kumur,lalu disemburkan ke dalam baskom tersebut. Baru setelah itu membasuh wajahnya dengan air dalam baskom tersebut,lalu memasukkan tangan kirinya dan mengguyurkan air ke lutut kanannya dengan air baskom tersebut.Kemudian memasukkan tangan kanannya dan menyiramkan air baskom itu ke lutut kirinya.Baru kemudian membasuh tubuh di balik kain, namun baskom itu tidak usah diletakkan di atas tanah atau lantai.Setelah itu sisa air diguyurkan ke kepala orang yang terkena ‘ain dari arah belakang satu kali guyuran.

2. Memperbanyak membaca “Qul Huwallohu Ahad” (surat al-Ikhlas),Al-Muawwidzatain (surat al-Falaq dan an-Naas),al-Fatihah,ayat kursi,bagian penutup surat al-Baqoroh (dua ayat terakhir),dan mendoakan dengan doa-doa yang disyariatkan dalam ruqyah

3. Membaca doa :

بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

“Dengan menyebut Nama Alloh,aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang menyakitimu, dan dari kejahatan setiap jiwa atau mata orang yang dengki.Mudah-mudahan Alloh subhanahu wa ta’ala menyembuhkanmu.Dengan menyebut Nama Alloh,aku mengobatimu dengan meruqyahmu.” (HR.Muslim no.2186 (40),dari Abu Said rodhiyallohu anhu)

Atau

بِاسْمِ اللَّهِ يُبْرِيكَ وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ

“Dengan menyebut nama Allah,mudah-mudahan Dia membebaskan dirimu dari segala penyakit,mudah-mudahan Dia akan menyembuhkanmu,melindungimu dari kejahatan orang dengki jika dia mendengki dan dari kejahatan setiap orang yang mempunyai mata jahat.” (HR. Muslim no. 2185 (39), dari Aisyah rhodiyallohu anha)

Ini adalah doa yang dibacakan malaikat Jibril kepada Nabi shollallohu alaihi wa sallam ketika mendapat gangguan syaitan.

4. Membacakan pada air (dengan bacaan –bacaan ruqyah yang syar’i) disertai tiupan, dan kemudian meminumkan pada penderita,dan sisanya disiramkan ke tubuhnya. Hal itu pernah dilakukan Rosululloh shollallhu alaihi wa sallam kepada Tsabit bin Qois. (HR. Abu Daud no. 3885)

5. Dibacakan (bacaan) pada minyak dan kemudian minyak itu dibalurkan. (HR Ahmad III/497,lihat silsilah al-Ahaadits as-Shohihah :397). Jika bacaan itu dibacakan pada air zam-zam,maka yang demikian itu lebih sempurna jika air zam-zam itu mudah diperoleh atau kalau tidak,boleh juga dengan air hujan.

Saturday, December 28, 2013

Salah post dlm blog

Hahaaas...kelakar...patut r mase labelkn post..tak kuar tagging selalu buat..upenye salah blog..terpost kt blog personal...bukn blog metap2...huhuu....

Xpe la..lgpon dh lama gk x post kn...hiks...

Peaceee....


ni gmbr panten yg slh post..hihi...

Friday, December 27, 2013

Mekap Nikah

Dayah
27.12.2013
Bukit beruntung
Bridal : Issyaz Wedding Station

Related Posts with Thumbnails