Followers

Sunday, February 7, 2010

"Keajaiban AZAN " - Halaqah

Keajaiban Azan.. Masa tengah tgk Al-Kuliyyah, ada iklan pasal Keajaiban Azan..dalam hati.."menarik gak, nak tgk la". Then Ustaz Mohd Fauzi siap pomot lg suh tgk Halaqah-"Keajaiban Azan", Ahad, 7 Feb 2010. Dan aku pon memang interested gak nak tgk..

Ada sikit info yg aku rase best untuk share dengan sesape yang tak berpeluang tgk..tapi boleh bukak website tv9 kalo nak lebih detail..rasenye dorang ade upload program tuh..

Azan disyariatkan untuk solat, kelahiran bayi, bencana alam, kebakaran dll...

Dari Dr Azhar Sarip: Ada 4 tahap gelombang otak (paling tinggi ke paling rendah)
1. Beta - stress, semasa berfikir, bekerja...
2. Alpha - santai, tonton drama (terasa berlakon sekali)...
3. Theta - tidur2 ayam, tenang...
4. Delta - tidur nyenyak tanpa mimpi...

90% manusia duduk di gelombang Beta: nakal, stress, buruk sangka dengan Allah(paling buruk). Azan pulak berada di gelombang Theta. Banyak perkara ajaib berlaku di dalam gelombang ini. Dunia akan rosak binasa seandainya tiada gelombang Theta. Azan menstabilkan dunia ni.. dari gelombang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Seboleh mungkin lakukanlah solat seawal waktu (tepat pada waktunya) kerana gelombang rendah masih di situ bagi memudahkan khusyuk di dalam solat kita, Insya Allah. Mungkin terjadi kiamat jika Azan tiada lg di dunia ini..

Azan satu terapi yang baik dan sangat penting. Beri pemahaman kepada anak betapa pentingnya azan. Sebelum baca buku, anak tu perlu azan. Lihat betapa cantik, betapa kuat menghafal ilmu dan sebagainya.

Satu perkara yang menarik, Azan bukan dilaung (kekadang otak kiri) tetapi diseru (sepenuh hati/jiwa - gunakan otak kanan), perkataan paling sesuai digunakan.. Semasa Azan diseru, jika dinikmati dan difahami, badan kita akan rasa ringan dll...

Satu perkara yang dianjurkan:
Terapi Azan:

Tutup lampu, pejam mata dan hayati Azan..kemudian cuba tidur.. lihat apa akan berlaku..

Malam ni nak try, esok aku bg keputusannya.

Dan jika rumahtangga dalam 'kepanasan', Azan di dalam rumah tersebut, insyaAllah..rumah akan tenang..
Untuk anak yang degil,diAzankan... insyaAllah...

Amalkanlah Azan.. banyak sangat kelebihan..

Itu la serba sedikit info.. yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri saya sendiri.. Wassalam.


8 comments:

Khatijah said...

saya tengok jugak smlm Halaqah mengenai Azan dan gelombang nya, jadi tadi pagi, sampai je ofis, cuba pegi website yg diberi Dr Azhar www.terapiazan@aku-ok.com tu lah klau tak silap, tapi tak dpt. kemudian cuba search/google "terapi azan" tapi tak jumap jugak website dia, bila google "gelombang azan" ni lah jumpa blogspot ini.

tahu tak website yg diberi Dr Azhar kerana saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini.

Naspenang said...

saya pun sama, cari2 jumpa blog ni. Dah tgk kat TV9 diorang dah upload.

latifah-harun said...

Salam Khatijah dan Nash.. Thanks lawat blog saya..

ni link yang mungkin boleh membantu:
http://www.minda-supersedar.org/1048/index.asp

latifah-harun said...

http://www.aku-ok.com/

Naspenang said...

Thanks, memang ni yang saya cari.

Unknown said...

salam, terima kasih ye atas perkongsian ni =D

Unknown said...

mohon share tq

Anonymous said...

boleh tengok video disini
http://ceramahislamonline.blogspot.com/2010/03/halaqah-7-feb-10-part-1.html

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails