Followers

Thursday, January 28, 2010

Teori Cina Purba (Anak lelaki atau perempuan)


Quite interesting la.. sebab bile compare result yang ade dengan kewujudan Irfan.. memang dapat dikatakan tepat la.. tapi sume tu kuasa Allah swt.

So.. selamat beramal..

Sedikit info mengenai carta dibawah..

Carta ini telah diuji di kalangan 100 pasangan di sebuah pejabat kerajaan dengan keputusan 100% ketepatannya. Anda boleh menguji kebenaran rajah ini dengan anak-anak anda yang telah lahir dan ingatkan bulan berapa anda berhenti datang haid serta berapa umur anda ketika itu dan lihatlah keputusannya. Umur di bawah 18 tahun masih belum ditentukan dan 45 tahun adalah umur maksima bagi wanita boleh mengandung.

Cth: Katakan anda mula mengandung pada bulan 2(feb) dan umur anda 23thn 3bln, anda akan memperolehi anak lelaki.. jika bulan pada umur anda sudah melebihi 1/2 thn, anda harus lihat umur utk tahun berikutnya.. sbgi cth..23thn 9bln.. umur di jadual adalah 24thn..




Welcome February 2010...

Tuesday, January 26, 2010

Wahai IBUBAPA, Hormati anakmu NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

Dari peti email saya: (sharing is caring)


"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi..

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.


"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"


Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"


Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.


Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.


Patut kita sedari bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.


TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.


Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.


Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.


KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Sekian

Monday, January 25, 2010

E-Kod Untuk Emulsifier Lemak Babi


Sekadar panduan bersama..

Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam..


Maybe we shud keep this list in our wallet.. so tat we can refer it when we wanna buy something..

Had pukulan anak

Bagi sesiapa yang ada anak atau akan ada dikemudian hari..sebagai panduan bersama..

CATATAN AL-JAWHAR @ ABU FATHI AL-YAMANI:

Islam amat menitik beratkan soal pendidikan terhadap anak-anak.Ini kerana pendidikan yang betul dan menepati kehendak syarak , in sya Allah akan melahirkan anak yang beriman serta mentaati perintah Allah swt dan Rasul-Nya.Sebagaimana Firman Allah swt dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah , apakah dibolehkan anak itu dipukul dan apakah pula had pukulan yang dibenarkan dalam Islam , jika Islam mengizinkan pukulan semasa dalam proses pendidikan terhadap anak-anak.

Apa yang penting ialah , hukuman adalah sesuatu yang disyariatkan dan termasuk salah satu sarana

pendidikan yang mendatangkan kesan dalam diri anak-anak.Namun berlebih-lebihan dalam menggunakan pukulan semasa proses pendidikan akan mengakibatkan kesan yang sebaliknya.

Ada beberapa kaedah dalam menggunakan pukulan dalam proses pendidikan seperti :

- Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.

- Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah , karena dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.

- Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti:wajah, kepala dan dada.

- Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan , tetapi sebagai pengajaran.

- Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun.Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِى الْمَضَاجِعِ

“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun , dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)”

(Hadis Abu Daud , dinilai HASAN SAHIH oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dhoif Sunan Abu Daud : 495)

Perlu diingat , bahawa kaedah pukulan adalah kaeah terakhir digunakan dalam mendidik anak , setelah pendekatan secara nasihat dan teguran tidak mendatangkan kesan pada si anak.

Walaubagaimana pun , anak-anak adalah ibarat kain putih yang tidak mengerti apa pun dalam muka bumi ini…Maka , didiklah ia dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa putus asa dengan meminta bantuan dan pertolongan dari Allah swt….Mudah-mudahan diberikan kekuatan oleh-Nya…in sya Allah.

Friday, January 22, 2010

sekadar menulis..

Salam..

Jumpe lagi.. baru je tulis ari tu..


Ari ni rase nak menulis sesuatu yang terbuku kat hati ni hah..
Macam-macam dalam kepala otak aku ni.. tapi yang paling utama adalah akunye master..
Sangat risau.. bukan kekadang tetapi selalu terpikir betapa bodohnya aku ni.. simple programming pon tak reti.. dah mintak owang len pon cenggitu gak..walaupon tak sepatutnye mintak pertolongan orang len..hehe..

Boleh ke abes akunye master? Kalo tak boleh abes, betapa banyak nak dibayar kepada kerajaan Malaysia dan universiti sekali..aduss.. sakit kepala bile pk.. nak nyesal pon dah tak guna.. ini jalan yang aku pilih...
Terasa betapa susahnya master ni.. aku ingat leh la.. rupanye hanya Tuhan je yang tau.. walaupon kekadang bercakap dengan diri sendiri, owang len leh buat nape aku tak leh.. tapi kata-kata ni tak dapat padamkan rasa risau aku yang teramat ni..

Pulak tu masa terasa berjalan dengan begitu pantas... ramai yang mengharap agar aku dapat abeskan master ni tapi.. tu la.. aku takut dengan harapan orang.. tambah2 kakak yang aku sayangi.. sangat berharap adik die yang sorang ni dapat harumkan nama keluarga.. almaklum la aku je sorang yg sambung belajar tinggi... Dan aku juga berharap aku dapat membantu adikberadik aku untuk hidup senang di kemudian hari..

Airmata ni dah tak kenal mase.. dengan berbagai masalah lain (hanya beberapa orang yg tahu dan memahami..) di kala menulis ni pon air mata dah bergenang.. Terasa begitu berat ujian yang Allah berikan.. tapi aku kuatkan hati.. seb bek aku ni masih kuat pegangan agama.. kalo tak, mungkin aku ni cam yg kuar kat suratkhabar..tertekan ambil jalan yang tak sepatutnya..simpang malaikat 44..


Terlalu banyak nak ditulis..tapi cukup la setakat ini.. Kesedihan aku dah tak tertahan.. peace...

Thursday, January 21, 2010

bubur cha cha..


Dah lama mengidam nak makan.. teringin sangat2..
satu je aku ni teringin nak makan dan nak masak.. tapi makannye tak de la sangat pon..
suke nak masak jek..

so semalam try la wat bubur ni.. kebetulan abg ipar masuk spital.. so bagi la die semangkuk...


hanya ade pewarna ni je kat umah.. tak bape nak colourful sgt..



Tuesday, January 19, 2010

pagi yang nyanyuk

Salam to all..

Pagi ni nape ntah.. nyanyuk sket.. tetibe terjaga dari tidur, aku pon terus bangun tengok jam kat astro decoder (rupenye channel 613), punye la aku ingat dah kol 6.13 pagi.. pas tu tgk jam kat handphone.. eh salah ni..terus la betulkan.. konon2 jam kat hp tu salah.. sengal giler..

Dengan semangat terus g mandi.. solat.. pas tu p kat ruang tamu nak amek sesuatu (aku lupa lak ape mende).. aku pon nengok jam kat dinding.. baru kol 5 pagi.. hahahhahaa... memang sengal aku ni.. semangat nak jaga exam agaknye...waawaawaa....

Terus tak jadi nak bersiap... pakai je tshirt dulu... sementara nak nunggu masuk waktu.. aku lepak la dengar zikir kat astro oasis tu.. best jugak suara akhil hayy ni.. hmm..

Dah tau aku yg salah.. kene la betulkan balik jam kat hp..

Disebabkan kesengalan aku, dah alang2 bangun awal.. pegi la UM awal.. kol 7.15 pagi dah sampai bilik.. Jap lagi nak g jaga exam.....

c u till next post..

Thursday, January 14, 2010

Fever


Irfan is having a fever today.. actually since last night. He has a fever wif red eyes and weak. Maybe because he got wet in rain yesterday at pasar malam. I put KOOLFEVER to reduce the heat. This mownink he still wanna go to school but i refused. He was no longer sad and stopped crying every time his father send him to school. Alhamdulillah...

Tuesday, January 12, 2010

1st assembly in Little Caliphs, Setia Alam

during the assembly



Hari pertama persekolahan bermula


My 4 year old son, Irfan, started his first day of school activities in kinder last monday (11th Jan).. last week only for day care..

So hari pertama bermula persekolahan, I was so excited for Irfan to go to kindergarten, I have been waiting for this exciting moment for so long. Ye la.. anak sorang.. so teruja nak tau how he's act in class..hoping he will enjoy learning, behave appropriately, develop good friendships..etc...

So tat mownink.. when he knows he has to go to scol.. die tak mo mandi.. terpaksa la mendukung die ke bilik air.. mandikan.. pakaikan uniform sekolah.. siapkan sarapan.. after he took his breakfast.. we go to scol..

So sampai je kat sekolah, die x mo turun.. and guess what.. ade sorang budak ni menangis kat pintu sekolah tak mo masuk jugak.. hmm.. irfan's case, terpaksa la guna helah sket tuk die turun kereta.. what did i say to him.. "jom masuk, nanti kite amek gambar tunjuk kat ayu.. adik g sekolah..ada kawan2.. " die pon turun la..



Tapi tangan tak mo lepas.. sampai le masuk kat dlm rumah tu.. i have to seat with him..actually my intention was to stay there until he finish his scol..tp tak kesampaian..
since he went out of his class every 5 mins to see whether i still there.. and cannot focused in his class.. then his teacher came and told me to come back after scol.. "selagi puan ada, die tak leh concentrate on his lesson..."..

So aku pon balik le... huhu...

During assembly.. ade a few students yang nangis.. most of them r yr 4.. masih baru.. cam Irfan.. manja2 budak sekarang kan... tp Irfan tak nangis.. hehe..cume tak leh nak dok diam.. suh beratur.. g men kat slide.. pastu mata dok tgk kat mak die.. takut mak die lari.. hehe...


During his assembly...



”It’s sweet. It’s sad. It’s life. And love.”

Tuesday, January 5, 2010

2nd day of school

This morning a little bit earlier than yesterday. I sent my son around 7.15am..so he still sleeping. But when we arrived at school, he woke up.

At first tu, die still mamai2 lagi.. then i gave him to one of the teacher..

At that time, ade 3 4 orang je budak kat situ.. so pas teacher die put him somewhere in the house.. i tot he gonna sleep again.. tp i smp je kat kete, i heard he starts crying (in the house) n berlari keluar and say 'tanak sekolah'.. seb bek his teacher sempat tangkap.. n try to coax him..

Rase nak nangis lak tgk die camtu.. huhu...

Semalam mase nak amek die, teacher die cerita la sket pasal pagi semalam.. pas both of us g keje.. then everybody dah dtg.. they opened the door but locked the gate.. she said my son went to the gate and waiting for us to fetch him.. smp terkencing dlm suar tgg kat situ.. dah pujuk2 utk bersihkan suar n mandikan sekali.. die okay la, ikut ckp.. pas tu ok je smp petang..

Monday, January 4, 2010

My Son's First Day of School (Kindergarten)

I just dropped my son off at kindergarten (this week only for day care, his class start next week). His first day at kinder. I’ve struggled with many emotions over this transition. Is it the right kinder? Is he learning the right things? Will it nurture his love of learning? Will he meet good friends? Will he able to adapt wif this new environment? etc...

My hubby and i sent him to kinder. On our way, at first he was just fine.. excited about going to school. We arrived at his kinder door, I n my hubby gave him a hug, kiss and said pick you up later. He said 'taknak la'. We told him there r a lots of friends here. A boy came up and gave him a sweet, try to coax him. At last, the teacher came over and had to physically pull him off of me. Both of us quickly run from there. All of a sudden I heard hard sobbing.

Actually, he will starts his first lesson on 11th. So this week, only for daycare..

I can't wait to pick him up this afternoon.. to hear what he will say.. And what will happen tomorrow morning.. hmm...

Related Posts with Thumbnails