Followers

Friday, March 12, 2010

Sunat Memotong Kuku

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri,
memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalahkelingking.

Waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa sahaja diharuskan memotong kuku.
Tetapi janganlah membiarkan kukutersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari.Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :

"Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai,
memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami

tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam." (Hadis riwayat Muslim)


Hari IsninNescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari SelasaNescaya keluar daripadanya sihat
dan masuk penyakit
Hari RabuNescaya keluar daripadanya was-was
dan masuk kepadanya kepapaan
Hari KhamisNescaya keluar daripadanya gila
dan masuk kepadanya sembuh dari
penyakit
Hari JumaatNescaya keluar dosa-dosanya seperti
pada hari dilahirkan oleh ibunya
dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
Hari SabtuNescaya keluar dari dalam
tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari AhadNescaya keluar daripadanya kekayaan
dan masuk kemiskinan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails