Copy Paste:
"Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98%
daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook
atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah
sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik."
Al Ain Bukan Perkara Main-main.
ReUpload KENAPA TIDAK 'UPLOAD'? (Bayi muda 1-40hari)
SalaamULLAHu Alaykum...
Ada sahabat-sahabat yang berada di luar Melaka, baik sahabat sang faqir
mahupun sahabat isteri tersayang Muslim Cottage, bertanya, kenapa tidak
upload gambar Wan Nur Khadijah AtThohirah(puteri sulung, anak ketiga
kami)? (Sewaktu usia 1-40hari)
Toyyib, hasanan, sang faqir akan cuba jelaskan kenapa.
Adapun, umur Nur Khadijah sudah mencecah ke 27hari, AlhamdulILLAH diamankan ALLAH dari segala masalah dan kesukaran setakat ini.
Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada
4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan
fizikal.
2 permasalahan fizikal melibatkan antibodi dan sawan. 2 permasalahan ini
akan sang faqir huraikan dalam posting yang akan datang.
Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.
Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.
Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan
anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu
sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah
memberi panduan , antaranya: "Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka
diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya
maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa
penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "
Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di
telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu,
hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang
dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu
Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan
Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al
Fatani) masih bayi.
Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih
kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia
juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya
dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.
Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ
الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi
Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika
seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh
ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat
Muslim)
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi
Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain
(mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).
Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk
pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau
bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.
Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).
Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:
1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah
cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa
sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang
jelas.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ
هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ
Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi
Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis.
Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian
menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh)
dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)
2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)
عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ
لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي
ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ
إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ
Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi
Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan
bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam)
bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak
saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab :
“tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu
Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim,
Ahmad dan Baihaqi)
3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ezema dan seangkatan dengannya.
Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?
Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau
takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi
juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan
dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka
tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu
apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam
sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik
lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih,
begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau
kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya
akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.
Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi
menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan
hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering
didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping
dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal
aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)
Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.
Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang
faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى
عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا
رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ
عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ
اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ
وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ
ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah
melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak
pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat
kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan).
Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan
tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya?
Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)?
Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air,
dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung
kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu
dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama
manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh
Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad
tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun
1424 H).
Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari
siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak
kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan
dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas
atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena
ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga
ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan
pelajaran.
Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku, setiap kali anak menerima
pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan
ucapkan Taawudz(di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari
segala mara bahaya).
Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan
di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon
perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup
sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.
Jika diikutkan perbincangan untuk permasalahan ini luas lagi, cuma cukup dulu setakat ini untuk penjelasan.
Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar
perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau
yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload
gambar anak-anak anda.
Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98%
daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook
atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah
sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.
Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.
Wassalam.
ni pulak cara mengubatinya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diambil dari
http://www.alquran-sunnah.com/artikel/kategori/akhlak/818-penyakit-%E2%80%98ain-dan-cara-melindunginya
Adapun di antara tanda-tanda anak yang terkena pengaruh buruk ‘ain adalah :
1.Tangisan yang tidak wajar yang tidak kunjung henti,kejang-kejang tanpa
sebab yang jelas, tidak mau menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang
jelas.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ
هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ
Aisyah rodhiyallohu anha berkata : “Suatu ketika Nabi masuk (rumahnya)
kemudian mendengar bayi sedang menangis.Beliau berkata,”Mengapa bayi
kalian menangis?Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya
sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)
2. Kondisi tubuh yang sangat kurus kering
عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِرَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ
لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي
ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ
إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ
Dari Jabir rodhiyallohu anhu bahwa Rosululloh shollallohu alaihi wa
sallam memberi rukhshoh (keringanan) bagi anak-anak Ja’far memakai
bacaan ruqyah dari sengatan ular. Beliau berkata kepada Asma’ binti
Umais,”Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering?
Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka
tertimpa ‘Ain.” Kata beliau,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!
(HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
Sunnah bagi orang yang memandang takjub terhadap sesuatu :
Seperti yang telah dijelaskan di atas,bahwa penyakit ‘ain tidak hanya
disebabkan oleh orang yang iri dan dengki terhadap sesuatu yang
dipandangnya. Bahkan setiap mata yang memandang takjub terhadap sesuatu
dengan izin Alloh juga bisa menyebabkan pengaruh buruk ‘ain walaupun
orang tersebut tidak bermaksud menimpakan ‘ain. Bahkan ini terjadi pada
para sahabat Nabi yang sudah terkenal akan kebersihan hati mereka.
Adapun diantara sunnah ketika seseorang memandang takjub terhadap sesuatu adalah :
1. Medoakan keberkahan pada apa yang dilihatnya
Dari Amir bin Robi’ah rodhiyallohu anhu :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى
أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ أَوْ مِنْ نَفْسِهِ أَوْ مِنْ مَالِهِ مَا
يُعْجِبُهُ فَلْيُبَرِّكْهُ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Rosullulloh shollallohu alaihi wa sallam bersabda : “Jika salah seorang
dari kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, pada
dirinya atau pada hartanya, maka doakan keberkahan padanya, karena
sesungguhnya penyakit ain itu haq (benar). (HR Ahmad).
Di antara cara mendoakan keberkahan terhada apa yang dilihatnya adalah :
بَارَكَ اللَّهُ فِيهِ
‘Ya Alloh Semoga Alloh memberikan berkah padanya”
اللَّهُمَّ بَارِكْعَلَيْهِ
“Ya Alloh berkahilah atasnya”
اللَّهُمَّ بَارِكْلَهُ
“Ya Alloh berkahilah baginya”
2. Hendaklah mengucapkan :
مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
“Sungguh atas kehendak Allohlah semua ini terwujud”
Hal ini didasari firman Alloh dalam surat Al-Kahfi ayat 39. Imam Ibnu
Katsir menafsirkan ayat tersebut dengan mengatakan :”Ketika engkau masuk
suatu kebun dan kau merasa takjub akan keindahannya,mengapa engkau
tidak memuji Alloh atas nikmat yang telah diberikan kepadamu seperti
nikmat harta dan anak keturunan yang tidak diberikan kepada selain
engkau dan mengapa kamu tidak mengucapkan masya’Alloh la quwwata illa
billah.
Upaya-upaya orang tua untuk mengantisipasi anak dari ‘Ain:
1. Hendaklah orang tua membiasakan diri mereka membentengi anak-anaknya
dari bahaya ‘ain dengan ruqyah-ruqyah (bacaan-bacaan) yang diajarkan
dalam Islam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi shollallohu alaihi
wa sallam memohon perlindungan Alloh untuk Hasan dan Husain dengan doa :
أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
Aku berlindung kepada Alloh untuk kalian berdua dengan kalimat-kalimat
Alloh yang sempurna dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan
pandangan mata yang jahat. (HR Abu Daud)
2. Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam Ibnul Qoyyim dalam zadul
ma’ad 4/159, hendaknya para orang tua tidak menampakkan suatu kelebihan
yang menakjubkan yang dimiliki anak-anaknya yang dikhawatirkan akan
mengundang rasa iri atau kedengkian orang yang melihatnya. Lalu Ibnu
qoyyim menukil atsar dari Imam Baghowi bahwasanya pernah suatu ketika
Utsman bin Affan rodhiyallohu anhu melihat seorang anak kecil yang
sangat elok rupanya lagi menawan, kemudian Ustman berkata, “Tutupilah
(jangan ditampakkan) lubang dagu (yang membuat orang takjub) pada anak
itu.” Maka keadaan seperti itu sangat dikhawatirkan akan terjadinya
pengaruh buruk ‘ain. Lebih-lebih kalau ada orang yang terkenal mempunyai
sifat iri dan dengki.
3. Hendaklah para orang tua tidak berlebihan menceritakan
kelebihan-kelebihan atau kebaikan-kebaikan anaknya yang tidak dimiliki
anak-anak lain, sehingga mengundang rasa iri dan dengkii siapa saja yang
mendengarnya,kemudian berusaha melihatnya,hingga Alloh menakdirkan
terjadinya pengaruh buruk ‘Ain tersebut.
Upaya-upaya orang tua bila anak sudah terkena pengaruh buruk ‘Ain :
1. Jika pelakunya diketahui, maka hendaklah orang itu diperintahkan
untuk mandi, kemudian orang yang terkena pengaruh mata itu mandi dengan
bekas air mandi orang itu. Hal ini sebagaimana kisah sahabat nabi
shollallohu alaihi wa sallam Sahl bin Hunaif rodhiyallohu anhu dalam
hadits yang telah lalu,bahwa nabi shollallohu alaihi wa sallam
memerintahkan Amir bin robi’ah rodhiyallohu anhu untuk mandi dan sisa
air mandinya diguyurkan pada Sahl bin Hunaif rodhiyallohu anhu.
At-Tirmidzi menjelaskan :”Pelaku ‘ain diperintahkan untuk mandi dengan
menggunakan air dalam baskom. Lalu meletakkan telapak tangannya di mulut
dan berkumur-kumur,lalu disemburkan ke dalam baskom tersebut. Baru
setelah itu membasuh wajahnya dengan air dalam baskom tersebut,lalu
memasukkan tangan kirinya dan mengguyurkan air ke lutut kanannya dengan
air baskom tersebut.Kemudian memasukkan tangan kanannya dan menyiramkan
air baskom itu ke lutut kirinya.Baru kemudian membasuh tubuh di balik
kain, namun baskom itu tidak usah diletakkan di atas tanah atau
lantai.Setelah itu sisa air diguyurkan ke kepala orang yang terkena ‘ain
dari arah belakang satu kali guyuran.
2. Memperbanyak membaca “Qul Huwallohu Ahad” (surat
al-Ikhlas),Al-Muawwidzatain (surat al-Falaq dan an-Naas),al-Fatihah,ayat
kursi,bagian penutup surat al-Baqoroh (dua ayat terakhir),dan mendoakan
dengan doa-doa yang disyariatkan dalam ruqyah
3. Membaca doa :
بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ
نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
“Dengan menyebut Nama Alloh,aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang
menyakitimu, dan dari kejahatan setiap jiwa atau mata orang yang
dengki.Mudah-mudahan Alloh subhanahu wa ta’ala menyembuhkanmu.Dengan
menyebut Nama Alloh,aku mengobatimu dengan meruqyahmu.” (HR.Muslim
no.2186 (40),dari Abu Said rodhiyallohu anhu)
Atau
بِاسْمِ اللَّهِ يُبْرِيكَ وَمِنْ كُلِّ دَاءٍ يَشْفِيكَ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ وَشَرِّ كُلِّ ذِي عَيْنٍ
“Dengan menyebut nama Allah,mudah-mudahan Dia membebaskan dirimu dari
segala penyakit,mudah-mudahan Dia akan menyembuhkanmu,melindungimu dari
kejahatan orang dengki jika dia mendengki dan dari kejahatan setiap
orang yang mempunyai mata jahat.” (HR. Muslim no. 2185 (39), dari Aisyah
rhodiyallohu anha)
Ini adalah doa yang dibacakan malaikat Jibril kepada Nabi shollallohu alaihi wa sallam ketika mendapat gangguan syaitan.
4. Membacakan pada air (dengan bacaan –bacaan ruqyah yang syar’i)
disertai tiupan, dan kemudian meminumkan pada penderita,dan sisanya
disiramkan ke tubuhnya. Hal itu pernah dilakukan Rosululloh shollallhu
alaihi wa sallam kepada Tsabit bin Qois. (HR. Abu Daud no. 3885)
5. Dibacakan (bacaan) pada minyak dan kemudian minyak itu dibalurkan.
(HR Ahmad III/497,lihat silsilah al-Ahaadits as-Shohihah :397). Jika
bacaan itu dibacakan pada air zam-zam,maka yang demikian itu lebih
sempurna jika air zam-zam itu mudah diperoleh atau kalau tidak,boleh
juga dengan air hujan.