Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa
ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya
syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
doa akhir tahun |
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan
dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku
melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak
redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam
keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau
mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa
itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau
redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian
itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha
Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau
menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku
kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali
selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram,
Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah
dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
doa awal tahun |
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi,
yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu
yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan
kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari
syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga
pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan
usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha
Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih
dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
1 comments:
xde dalam sunnah pon kak doa awal thun n akhir thun ni. jgn buat ape yg nabi x ajar n x pernah buat.
Post a Comment