hmm.. dh lama x tulih pasal preggy..
tis time nak citer sket.. setelah 3 kali check-up kt KK.. berat dh nek byk.. dan akan minum air gula pada 22hb april ni.. so utk me'maintain'kan berat aku... aku dh start buat exercise.. hee.. jeng..jeng.. jeng... aku g swimming... sengsorang je.. huhu... selalu session in 2 hrs.. tp aku wat lam 1 hr je.. bukan penat mane pon.. cume riso kalo lama2 dlm air.. kot2 la ade effect kt baby.. riso plak..
tp lately ni aku byk membaca dlm komen2 kt fb.. pasal air ketuban pecah/kurang/turun sebelom masanye.. means.. br 20+w ke.. bukan tanda nak bersalin.. hmm.. riso plak kot2 berenang bleh wt air ketuban turun sebelom waktunye.. tambah2 dh dok dlm air.. mane nak kenal air kolam atau air ketuban.. doa je la.. nway, pas baca2 baca swimming during pregnancy ni.. sebenarnye gud for mother... kuatkan otot.. so bile nak bersalin nanti.. akan memudahkan sedikit.. *hopefully*...
so.. all mothers yg sedang preganant out there.. jom g swimming yek.. gud for your health, maintain ur weight n easy to deliver nanti.. hehee...
Followers
Saturday, April 9, 2011
preggy update
Posted by latifah-harun at 10:14 AMThursday, April 7, 2011
Telur tiruan
Posted by latifah-harun at 7:03 PM
SM Mohamed Idris |
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran. Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya. Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur. Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar. Cara mengenal telur tiruan: Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh. Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam. SM Mohamed Idris, Presiden CAP |
Wednesday, April 6, 2011
Surah Yasin
Posted by latifah-harun at 11:09 AMfrom email inbox...
Surah Yasin - Pengertian Setiap Ayat
Ayat 1 - 9 :
Untuk keselamatan diri
Ayat 9 :
Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir.
Ayat 12 :
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 :
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 :
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 -
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad,Kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian didunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37
Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39
Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41
Mengisahkan Nabi Noh a.s . naik kapal Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba.
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50
Setiap orang akan dihisab/kira mengikut amalannya.
Ayat 58
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
- Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat ini.
Ayat 78 - 79
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan pesakit mrk dan Dr Fatimah ayat ini.
Ayat 82
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x)berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Hajatkan sesuatu
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38- 12x
5. Ayat 58- 7x
6. Ayat 82- 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca
sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati
dan selepas hajat dibaca semula Al-Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan
Yasin ialah jantung Al-Quran
Mengetahui setiap makna ayat-ayat dlm Al-Quran
Yasin memudahkan yang susah. Bacalah Yasin apabila:
o Anak sakit
o Didalam kesusahan
o Memudahkan urusan
o Memudahkan perjalanan
Caranya:
Ø Baca Yasin (3x) dihadapan air
Ø Baca 3 QUL (3 setiap satu)
Ø Baca Al-Fatihah
Kelebihan membaca Yaasin
Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 - "Waja'alna...."
>Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
>Lindungi diri dari dianiaya
> Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Al-Fatihah
Baca 3 QUL (3 setiap satu) dan baca Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat illa...."
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 - "subhanallazi.."
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)
Ayat 58 - "Salamun..."
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit
Ayat 76 - "Falayahzun.."
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut
Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Sembahyang tahjud
Sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x dengan yakin
Amalkan 41 malam (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
Seperti di atas
o Bila baca ayat, tiup dalam air
o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.
Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian
Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit dan tengah nazak nak
mati. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok,lusa kita akan menyusul jua.
***** Dibawah ini adalah sekadar informasi bersama *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Wallauhualam...