Followers

Tuesday, December 4, 2012

melaka wonderland theme park resort & dinasour park


2hb dis 2012...kami g melaka wonderland... beli tiket thru deal.com.my...murah sket..
normal price waterpark+dinasour park rm40.. thru deal dapat r rm30 - dewasa, kanak2 - rm22 je..
 nak kata best sangat..kire ok  r...ada port yg dorang x bukak time tu..
maybe sebab ade kes budak jatuh cedera parah (kuar berita 2 days before our schedule)...

bawah ni a few port yg dorang open dat day..





ni the best part..hahahaa...gelak dulu sebelom citer.. punya la dinasour park ni rm10 per entry... tapi x syoknye la dalam tu..adehh... cume yg bestnye.. mula2 masuk tu..cee.....
ni aje ..
sambil berjalan ke arah dinasour..tiba2...
roooarrrrrr...
sume terkejut...budak2 lari lintang pukang...wakakkaaa....
dinasour nya bergerak dan berbunyi...wahaha...
*tu je la yg kelakarnye...dah masuk, amek je la gambar..ade la lam 6-7 ekor dinasour yg beso2..pas tu 2-3 yg rangka...




Saturday, December 1, 2012

benjol di dahi

dahi irfan benjol..dek kerana main kat luar ngan budak2 taman.. mereka2 itew main baling2 batu.. mungkin juga die terjatuh atas jalan tar atau terkena batu...mengikut kata incik irfan, dahinye terkena batu.. seriau mak...tp mak sempat gak membebel dengan anak2 jiran dan juga incik irfan sendiri...

'tu la, x mo dengo cakap ibu..tuhan dah tunjuk kt dunia lg'...wawawaa...kecik pon lg incik irfan ni..baru umo 6t... ku kata begitu kerana ku x bg die main kt luo..tp die pegi jugak...

sambung lg...anak kecik dah meraung.....

Friday, November 30, 2012

d90 in the house



hee...vavavaaaa.... d90 in the house... peh ni leh posing2 lebeyyyy...

Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijriah

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
doa akhir tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.





Doa Awal Tahun


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

doa awal tahun
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, November 6, 2012

kalendar kuda 2013

Pasti ramai yang tercari2 kalendar kuda 2013.. ni dah bulan 11.. tinggal 1 month++ je lg untuk masuk ke tahun baru.. sekejap je masa berlalu kan...

kalau ada kesilapan..tolong inform ye


kredit untuk http://chromosome.wordpress.com

nak download--klik link bawah ni ye..

kalendar kuda 2013 



Related Posts with Thumbnails