Followers

Showing posts with label general info. Show all posts
Showing posts with label general info. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

Salah post dlm blog

Hahaaas...kelakar...patut r mase labelkn post..tak kuar tagging selalu buat..upenye salah blog..terpost kt blog personal...bukn blog metap2...huhuu....

Xpe la..lgpon dh lama gk x post kn...hiks...

Peaceee....


ni gmbr panten yg slh post..hihi...

Wednesday, July 10, 2013

waktu imsak 2013

Thursday, March 14, 2013

nurse 'sentap'


ni sambung dari post hospital kerajaan


aku rase die nurse kot..beria2 die post mende ni kat semua post orang yg x pueh ati sal kes budak tu...
yang orang ramai pertikaikan sebab nurse yang terlebih bijak pandai tu menjawap "kalau x nak kena macam tu..jangan datang hosp govt..".."budak tu bergerak..".. segala alasan bagai...
hm...
 
aku rase sbb die lom kene kat diri sendiri...

aku x rase mende ni jadi isu kalau nurse tu jawap ngn berhemah..

sekian..

Hospital kerajaan



Mungkin hanya segelintir je misi begitu...tapi aku pernah kene gak kt hosp gomen..pada misi2 di luar sana..plz take note..kalo x sanggup jgn apply ea..

Aku rasa yg jd gini sbb die apply nurse coz dok pk dh xde keje..susah nk cari keje..apply je la..main dan je..dah apply..minat kt keje x dtg2..buat keje pon ala kadar r kn...
Kalo ikut penat...keje lain pon sama je..tepuk dada tanya iman...

Berbalik pada kes aku..dalam inkubator gk..budak dh selak giler..baru nk panggil mak atau diorang tgk. tu x pe lg...yess..kakitgn x cukup..or x nk manjakn budak..hmmm...
Selak tu satu hal..ni kepala anak aku berlekuk smp kn sbb dah melurut ke atas kene besi..bleh bayang dh bp lama deme bio..
Cucuk amek darah smp 3 tmpt..bile tanye..baby gerak..susah nk amek..bleh gitu???..dtg org lama, sekali amek terus dpt...

Nk citer..smp esok x abes...kang marah kakak2..makcik2 misi kt luar tu..kate tau komplen je..
Ulang suara...tepuk dada tanya iman..keje kita buat bkn dunia semata...
Peace..

Tuesday, December 4, 2012

tutorial bunga telur dari kertas tisu


bunga telur specially for my x-housemate: 



kt bawah ni tutorial penuh macam mane nak buat sendiri bunga telur dari kertas tisu ni...enjoy k...






melaka wonderland theme park resort & dinasour park


2hb dis 2012...kami g melaka wonderland... beli tiket thru deal.com.my...murah sket..
normal price waterpark+dinasour park rm40.. thru deal dapat r rm30 - dewasa, kanak2 - rm22 je..
 nak kata best sangat..kire ok  r...ada port yg dorang x bukak time tu..
maybe sebab ade kes budak jatuh cedera parah (kuar berita 2 days before our schedule)...

bawah ni a few port yg dorang open dat day..





ni the best part..hahahaa...gelak dulu sebelom citer.. punya la dinasour park ni rm10 per entry... tapi x syoknye la dalam tu..adehh... cume yg bestnye.. mula2 masuk tu..cee.....
ni aje ..
sambil berjalan ke arah dinasour..tiba2...
roooarrrrrr...
sume terkejut...budak2 lari lintang pukang...wakakkaaa....
dinasour nya bergerak dan berbunyi...wahaha...
*tu je la yg kelakarnye...dah masuk, amek je la gambar..ade la lam 6-7 ekor dinasour yg beso2..pas tu 2-3 yg rangka...




Wednesday, November 14, 2012

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijriah

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
doa akhir tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.





Doa Awal Tahun


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

doa awal tahun
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, November 6, 2012

kalendar kuda 2013

Pasti ramai yang tercari2 kalendar kuda 2013.. ni dah bulan 11.. tinggal 1 month++ je lg untuk masuk ke tahun baru.. sekejap je masa berlalu kan...

kalau ada kesilapan..tolong inform ye


kredit untuk http://chromosome.wordpress.com

nak download--klik link bawah ni ye..

kalendar kuda 2013 



Thursday, September 20, 2012

petua susah tidur





campur 3 bahan di atas....niat dalam hati untuk mendapat tidur lena...insya Allah... selamat mencuba

Saturday, August 11, 2012

tarikh lahir kalendar islam

tetiba nak tulis...ntah penah ade ke idak entry ni...

incik asben - 12/2/1979 - 14 Rabbiul Awal 1399 bersamaan hari ISNIN
saye - 13/12/1980 - 5 Safar 1401 bersamaan SABTU
anak sulong - 3/7/2006 - 6 Jamadil Akhir 1427 bersamaan ISNIN
no 2 - 12/8/2011 - 12 Ramadhan 1432 bersamaan JUMAAT



sesape nk try, klik kt bawah ni...

http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp

Monday, July 16, 2012

duit poket untuk hari raya

Prelaunchx nie company under forex..
Forex tu company matawang dunia n malaysia pown ade jgk forex..
Nanti 27/8 company nie nk lancarkan prelaunchx tp sape yg nk join lepas pada tarikh tu da kne bayar rm100..
Tp sekarang sape yg join free je sampai tarikh tu..lepas tarikh tu forex akan hantar cek kat umah berdasarkan berapa yg awak dah dapat dr hari ni sampai la tarikh 27/8/2012 ni...senang je so cepat join skang, b4 kwn2 kne byr rgster rm100..

now its Free http://prelaunchx.com/x/anizatie

TRY JE SUKA2...MANA LAH TAU...kOT2 lEH cRI wIt RAYA...

Friday, February 17, 2012

getah rambut dari kondom

Be careful about these Chinese products

Very important! Please spread the news!!
Be cautious of hair bands at open markets around the city – they are proobably from China since they are purchased in bulk very very cheap !!!!

Take a good look before buying hair bands in future – specially like the following kind.


These Hair bands were made from used condoms and threads.




BEIJING (AFP) - Used condoms are being recycled into hair bands in southern China threatening to spread sexually-transmittable diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday
In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubber hair bands have been found in local markets and beauty salons in Dongguan and Guangzhou cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said.
'These cheap and colorful rubber bands and hair ties sell well ..... threatening the health of local people,' it said.. Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and viruses, it said.
'People could be infected with (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist who gave only his surname, Dong, as saying. A bag of ten of the recycled bands sells for just Rs.5, much cheaper than others on the market, accounting for their popularity, the paper said.
A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal. China 's manufacturing industry has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made for both domestic and foreign markets.
In response, it launched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen monitoring systems.
Check your kids hair bands and make sure they do not put them in their mouth while trying to plait or tie their hair .
See below for Chinese Slippers now being sold in Walmart in the US . Hopefully, they are not yet in India ....
REMEMBER THE PAINT ON KIDS TOYS
PLEASE DO NOT HESITATE TO PASS THIS MESSAGE TO EVERYONE IN YOUR CONTACT LIST

kredit to: http://kajangboystory.blogspot.com

Monday, February 13, 2012

9 mimpi Rasulullah SAW


9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Friday, January 13, 2012

ubat tambah darah


ubat tambah darah; iberet folic


masa preggy ramai yang ade masalah hb low.. aku pon tak terkecuali.. ubat yang kk kasi mmg x jalan... rasanye ramai yg kate gitu... dah try makan macam2..
antaranye yg selalu org buat:
kerang
bayam
hati
etc...

tp sume x jalan.. ade side efek bile makan ubat kk segala tu.. akan rase mual.. so doc kk nasihat aku ritu, makan ubat kk bg, waktu nak tido tuk elak dr mual lepas makan ubat.. mmg x mual dh.. huhu.. cume darah lak jadi rendah di akhir trisemester tu..

SIL cadangkan aku makan iberet folic ni.. sekali sehari je.. n jangan makan ubat kk yg lain.. nanti sembelit.. kt atas tu la ghope ubat iberet tu..

and.. tadaaaaa... dlm seminggu je dah naik terus... dr 10.2 terus 12.+.. naik x hengat dh... kebetulan last checkup tu amek darah tuk test hb pon last jugak.. dah naik.. apelagi aku pn stop je makan ubat tu.. balance aku bg kt SIL.. since die pon ngah mengandung masa tu..

so pada sesape yang ade masalah darah rendah tu.. boleh makan ubat ni.. ade jual kt farmasi.. harga dah x ingat dah.. bukan tuk preggy women je.. sesuai tuk sume kes.. janji org tu hb low..

p/s: memang sape yg ade low hb mase mengandung agak bahaya..
antaranye boleh sebabkan:
tumpah darah..
baby lahir x cukup bulan atau berat kurang
keguguran
anak mati lam pewut
susu badan kurang
boleh kene lemah jantung

Tuesday, January 10, 2012

ubat untuk macam2 penyakit..



sapa2 yang ada batuk, selesema.. guna ni sgt cepat leh baik.. nampaknye iman sgt rasi kalo guna.. cume irfan lambat sket nk baik.. kene rajin sapu la..

minyak ni byk giler kegunaan.. kalo dlm kotak tu.. ade list penyakit yang boleh diubati guna minyak ni.. ade tulis 1001 macam penyakit... tp idak le tulih sampai 1001 penyakit.. antaranye la.. tuk kegunaan sume peringkat umo.. siap ade tulis camane nak guna utk setiap penyakit...

kalo korang susah2 nak beli g cari.. bek beli kt owner die je terus.. setakat ni masih free pos.. dari g kedai segala.. bek order thru tenet ni hah...

http://www.jerslinoil.blogspot.com/


bahan2 yang digunakan untuk buat minyak ni..
Minyak Bijan
Minyak Zaitun

Minyak Bunga Matahari

Habbatus Sauda

Herba tempatan terpilih.



Antara penyakit2:

  • Gastrik
  • Demam panas / panas badan berlebihan
  • Resdung
  • Sakit kepala / Migrain
  • Asma / Lelah / Semput
  • Sakit buah pinggang
  • Sembelit / Cirit-birit / Buasir
  • Kencing Manis
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Jangkitan Faraj / Keputihan
  • Penyakit kelamin
  • Sakit sendi / Lutut bengkak / Gout
  • Kekejangan otot / Simpul Biawak
  • Mati pucuk / lemah syahwat / tidak bernafsu
  • Sengal-sengal tulang
  • Kulit kasar, warna tak sekata, berjeragat
  • Sakit usus
  • Kembung perut
  • Kesukaran bernafas
  • Selsema, batuk, hidung tersumbat
  • Tumor / Kanser / ketumbuhan
  • Mudah lesu
  • Keracunan makanan
  • Stroke / Angin Ahmar
  • Anggota tubuh lumpuh / lemah
  • Tekanan darah tinggi / rendah
  • Kerapa kencing pada waktu malam / kencing tak lawas
  • selalu / mudah kena selsema
  • Alahan / alergik dengan makan laut / habuk /debunga / ubat
  • Sukar mendapat zuriat / anak
  • Anak yang dilahirkan kurang sihat
  • Manopause
  • Hormon tidak seimbang / ketidaksimbangan metabolisma.
  • Kesuburan lelaki / wanita menurun
  • Senggugut
  • Sakit buah pinggang
  • Tulang reput / mudah patah
  • Pergerakan perlahan
  • Mudah beremosi / cepat marah
  • Kitaran haid yang tidak tetap
  • Sukar memahami / mengingati pelajaran
  • Kurang tumpuan terhadap pelajaran atau kerja yang dilakukan
  • Kolesterol tinggi
  • Penglihatan kabur / selalu keluar air mata / mata kemerahan
  • Kesejukan kaki / tangan
  • Tangan / kaki menggeletar / menggigil
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Untuk bayi;- kembung perut, demam panas, demam biasa, batuk, muntah-muntah.

Monday, January 9, 2012

ipad for kids

ipad ,ipad for kids , touch screen , i-pad
evybdy so xcited bile nampak tis ipad.. tp bukan la best seperti yg di tgk.. *online ye..*... for me la.. first time tgk kt fb, some one jual online.. wah... teruja gile nak beli.. murah lak tu.. rm45 including postage... huhu... "ipad, rm45 only???, biar betoi"...

esoknye ade plak org post kt group (fb)... dh beli tuk her doter... pas tu ckp bleh beli kt SP.. disebabkan keterujaan sal ipad murah ni.. terus g sane.. ngan intention nak belikan tuk Irfan..
**sebelom tu dh gtau nak belikan ipad kt irfan.. maknye yg terover**..

sekali bile dah sampai sane.. p/s: g ngan hubby.. dok citer sal ipad murah ni, die pon xcited gak..
gelak hubby nengok ipad nye.. kalo cenggini la ipad tu..huhu.. no wonder la murah.. pas tu yg penting, irfan bukan type barang camni... ye la die pon dh masuk 6 years old.. so bukan la barang mainan macam ni yang die main.. maybe kalo tuk children under age 3 ok kot.. seb bek x jadi beli thru internet.. tu la yg x best kalo beli x dpt tgk barang dulu kan..

function die mmg sekadar leh tekan2 je.. gambar ape yg ade kt atas tu.. tu je la.. lebih kurang cam gambar lekat la.. kalo nak dengar bunyi.. tekan la gambar mane nak.. ade letters, numbers.. etc...

kiosk tu jual rm30 per piece.. kt online u can get.. rm45-rm50 (including postage)..
selamat membeli (kalo masih berminat)..

Saturday, January 7, 2012

why this kolaveri di lyrics

why this kolaveri di song very pemes now.. and i'm addicted wif dis song pulak... huahuahuaaa...

original singer..


lyrics:
yo boys i am singing song
soup song
flop song
why this kolaveri kolaveri kolaveri di
why this kolaveri kolaveri kolaveri di
rhythm correct
why this kolaveri kolaveri kolaveri di
maintain please
why this kolaveri..di

distance la moon-u moon-u
moon-u color-u white-u
white background night-u nigth-u
night-u color-u black-u

why this kolaveri kolaveri kolaveri di
why this kolaveri kolaveri kolaveri di

white skin-u girl-u girl-u
girl-u heart-u black-u
eyes-u eyes-u meet-u meet-u
my future dark

why this kolaveri kolaveri kolaveri di
why this kolaveri kolaveri kolaveri di

maama notes eduthuko
apdiye kaila snacks eduthuko
pa pa paan pa pa paan pa pa paa pa pa paan
sariya vaasi
super maama ready
ready 1 2 3 4

whaa wat a change over maama

ok maama now tune change-u

kaila glass
only english..

hand la glass
glass la scotch
eyes-u full-aa tear-u
empty life-u
girl-u come-u
life reverse gear-u
lovvu lovvu
oh my lovvu
you showed me bouv-u
cow-u cow-u holi cow-u
i want u hear now-u
god i m dying now-u
she is happy how-u

this song for soup boys-u
we dont have choice-u

why this kolaveri kolaveri kolaveri di
why this kolaveri kolaveri kolaveri di
why this kolaveri kolaveri kolaveri di
why this kolaveri kolaveri kolaveri di

flop song


dis boy sing dis song, very awesome... cute naa...

Saturday, December 17, 2011

sheikh dr mahmud al-maghlani..

hari ni .. 16hb dis 2010..td pg mase drive, dgr kt ikim.. sgt menarik segmen "MAHABBAH RASULULLAH" bersama SHEIKH DR MAHMUD AL-MAGHLANI dari Madinah.. pelbagai ilmu boleh dpt.. antaranye:

-kalo anak selalu sakit dari kecil, tukar nama.. insya allah, akan sihat...

-buat perempuan yg mempunyai masalah haid.. pada 13,14,15 bulan hijrah.. dedahkan diri pd bulan pernama selama 15-30minit.. n puasa (kalo boleh).. insya allah..

-pesakit migrain.. sebelom tido atau waktu subuh.. baca 3 ayat terakhir surah al hasyr.. sambil tangan kanan letak atas kepala..

-jangan potong atau cukur rambut hari rabu.. boleh mendatangkan penyakit..

banyak lg ilmu lain.. kalo x silap ade siaran ulangan hari ahad ni pukul 7pg..

*kalo ade yg salah (mungkin salah dgr).. mohon perbetulkan.. almaklum x leh nak concentrate 100% while driving..dgr la siaran ulangan.. sgt best...

Friday, November 18, 2011

vaksin mengandungi bahan haram

meh baca sesame link ni yek.. said that

Harram in many vaccines..



adeh.. camane ni.. setahu aku la.. vaksin2 yang ade kt mesia ni, sume wajib amek.. kalo x amek.. kompem kene jugak one day.. contoh.. aku x mo cucuk rubela mase darjah 5 ke 6 dulu.. nak x nak, tingkatan 3 kene gak cucuk bile kementerian kesihatan datang sekolah tuk cucuk tetanus (kal x silap).. tgk rekod, aku x cucuk rubela lg..

cam baby.. kompem2 kene cucuk.. xkan nak cakap kt kk, sy x mo anak sy kene cucuk.. vaksin tu ade mende haram dalamnye.. nak kene sembur???... huhu... kang kalo jadi ape2.. kompem spital gomen x mo tanggung.. means.. in future, if anything happen to my baby, they will blame me.. tul x?

i think pihak JAKIM kene memainkan peranan.. let say mmg betul vaccines tu ade mende haram.. they shud do their job... lets wait for their answer..

Thursday, August 4, 2011

Kisah budak penjual kuih

*from my email"


Kisah ni sy ambil dr forum, utk renungan kite bersama.

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.

Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

RM25 saja bang.

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!



Related Posts with Thumbnails