Followers

Tuesday, May 4, 2010

Temuduga Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS)


Pagi ni teman member masa sekolah menengah dulu.. malam semalam die smp dr ipoh n kawan die dr perlis, tumpang tido kt umah.. last jumpa tahun 1996.. kire cam jejak kasih lak.. pas more than 10 yrs jumpe balik.. tu pon sebab facebook.

Hasni aka cik nonie gebu.. ada temuduga GSTS kat sekolah vokay sek 17 shah alam.. since dekat ngan umah kite.. so kite offer la dok umah kite, pagi ni kite tolong antar ke sekolah tu.. pagi tu dorang ade exam dulu about half an hr.. pas tu sesi temuduga start about 10am.. Hasliyati (sori kalo salah eja) 1st kene.. then Cik Nonie Gebu around 12pm..

temuduga guru sandaran
ngah jawap exam...

Kite dok melepak sengsorang kat luar tu.. sempat gak la sembang ngn org len.. kene jadi friendly la.. kalo tak bowink giler..

temuduga guru sandaran
a few ppl sedang tunggu..


Macam2 soklan la kuar.. coz temuduga tu start semalam.. yg dah kene n ade kawan yg udah tu.. dorang share2 la soklan ape kene tanye.. kite tak tau sgt la.. dgr je la.. sesekali mencelah gak.. selalunye subjek ape dorang mengajar nanti kat sekolah.. camne nak tarik perhatian murid tuk suke subjek tu.. and so on.. pasal sekolah: ko, PIBG etc..


taman orkid.. dlm kawasan sekolah ni.

Pas cik nonie gebu kuar, kitorang terus kuar g minum n makan kat tempat makan berdepan ngan stesen bas sek 17 tu.. pas tu terus tgk tiket dorang nak balik perlis n ipoh.. kebetulan bas roadway ngah tunggu last penumpang, nak jalan kol 1ptg.. terus dorang nek bas tu.. x sempat nak beramahmesra ngan memberku.. huhu.. hope dorang berjaya dlm temuduga ni..



Till then...




Monday, May 3, 2010

Budak 14 thn hina Allahyarham Din Beramboi dlm FB

Ni satu lagi kes FB.. macam2 hal skang ni.. dunia tanpa batasan... apa yang diucap pon tanpa batasan gak..

Satu kesalahan, die hina surah AlFatihah (tukar ke ..dot..dot. )
Kedua, die hina Allahyarham Din Beramboi..

Walau buruk macammane pon manusia tu.. kite x de hak nak hina/judge sesiapa.. Lg pulak umo pon br setahun jagung..

ni la muke die..

komen2 yang dibuat..
din beramboi
din beramboi
din beramboi


pas tu mintak maaf.. huhh

din beramboi

Till then...

irfan talk in phone

Salam..

Bile tengok anak sendirik dah pandai berborak.. rasa hepi sangat.. ngan pelat2 die sket.. ngan cara cakap die.. hari2 nak sembang ngan die.. tp kalo die dah start bercakap atau main, dah x leh benti.. best layan budak2 nih.. dulu anak kakak la dok jadi teman main.. skang ni anak sendirik la.. tapi still rapat ngan anak akak or abang.

This video, irfan ngah cakap ngan ayah die.. so surprise bile selalu kite ade la ajar die dok cakap ngan ayah die.. tp tis time x yah.. pandai lak die sembang ngan ayah die..

A few hrs before video ni di amek, ade g klinik.. so die dok sembang ngan ayah die pasal g klinik, check telinga.. n dok citer ngan ayah die pasal chuggington (baru dpt pamplet dr mph bookstore pasal buku kanak2).. terkejut gak, eh tau la plak budak ni tu citer chuggington.. penangan channel 613 (astro)





till then...

Sunday, May 2, 2010

Bahasa isteri yang perlu difahami suami


Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.


Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.

Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.

Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.

Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.

Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.

1. Waktu merajuk


Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Tiba-tiba tak mahu bercakap Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf
2
Tiba-tiba marahkan suami Dia cemburu dengan tindakan suami Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu
3
Tiba-tiba menangis Dia sakit hati dengan tindakan suami Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang.
4
Tidak mahu memberi khidmat Dia sungguh kecewa dengan sikap suami Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir

Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.

2. Waktu gembira


Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Dia sudah rajin masak Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya
2
Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami Dia puas hati dengan tindakan suami Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu
3
Dia siap untuk tidur awal Dia sudah akur dengan kehendak suami Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri
4
Dia bercakap dengan nada manja Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra

Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.

3. Waktu benci


Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Kehendak suami tidak dilayan Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk Baiki kesilapan bukan mempertahankannya
2
Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan
3
Makan tidak selera Dia mahu simpati daripada suaminya Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat
4
Tidur seorang diri Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang

Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.

4. Waktu mengharap


Bil
Sikap
Maksudnya
Mengatasinya
1
Muka masam Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya
2
Meminta maaf sambil menangis Dia benar-benar insaf Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu
3
Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya Dia hendak meminta suami membelinya Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak

Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.


Till then...

Saturday, May 1, 2010

Happy Labour Day

labour day

Today is labour day.. but hubby still working juz for a few hrs.. hehe..
Nway, i wanna wish to everyone a Hepi labor day! Same goes to ol housewife oso.. walopon housewife but korang pon still bekerja gak.. hehe.. kat umah tu sume keje umah korang buat kan.. so selamat bercuti gak k..

till then..

Related Posts with Thumbnails