
till then..
wooaahhh... cam tak percayer je.. dah 5 thn gak kami hidup bersama.. dalam masa 5 thn ni, banyak giler dugaan.. pahit dan manis.. hidup berumahtangga ni cam air laut.. ade pasang dan surutnye.. sesekali ombak besar datang.. kekadang ombak kecik2 je melanda.. kekadang tenang, setenang air di kolam..
Walau baik dan buruk macammane sekalipon pasangan kite.. itu lah yang dah ditentukan Allah.. cuba la jaga sebaik mungkin.. kalo dah tak boleh gak nak pegi.. nak wat camane, itulah yang tertulis sejak azali lg.. (ingatan untuk hubby dan diri sendiri..)
Tapi rasanye yang paling penting dalam hidup berumahtangga ni.. perlu banyak2 bersabar.. berdoa banyak2.. minta Allah beri petunjuk.. kalau betul ini jodoh kite hingga akhirat.. insya Allah, Allah akan beri petunjuk..
Tapi aku bukanlah orang yang selayaknye untuk beri nasihat rumahtangga kat korang2 kat luar sane.. tepuk dada tanya iman..
For my hubby, thanks for ur wishes.. walau hanya wish guna ecard.. huhu.. but still i really appreciate dat.. at least u remember our anniversary.. i tot dat u dun.. coz senyap je mase kat umah semalam.. wawawaaa.. x tau la pulak kalo balik keje ni ade surprise ke..huhu..
saje nak test setelah jalan2 kat blog owang len.. ternampak la "like" button nih.. then nak mencube.. kalo korang nak tau camane, cara senang : g je kat facebook: social plugin.. http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like
isi ape yang patut.. pas tu korang klik 'get code'.. pastu paste code yg kuar kat post korang..
kat url tu taip la url post korang.. tp still ade kelemahan.. die takkan show kalo kite x online kat fb and yg 'like' tu bukan dari kalangan friendlist kt fb kite..
contoh:
http://latifah-harun.blogspot.com/2010/04/testing-facebooks-like-button.html
till then..
Sedarkah kita selama ini di dalam kita menguap dan bersin, sebenarnya di sana Islam telah ada suatu garis petunjuk yang perlu kita ambil tahu mengenainya?
Berkenaan dengan menguap, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahukan kepada kita bahawa ia adalah dari Syaitan. Maka, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap, maka hendaklah kita menahannya atau jika tidak mampu menahannya, hendaklah kita menutupnya (menutup mulut ketika menguap). Bukan sahaja sekadar menutup dan menahan diri dari menguap (dengan sedaya upaya), tetapi hendaklah juga kita mengelak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”(Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)
Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)
Manakala berkenaan dengan bersin pula, ia adalah suatu yang disukai oleh Allah, yang mana berbeza dengan perbuatan menguap tadi yang ianya adalah dibenci oleh Allah. Apabila seseorang itu bersin, maka dengan itu hendaklah dia memanjatkan pujian kepada Allah, dan kepada saudaranya yang mendengar saudaranya yang bersin itu, maka hendaklah dia mendoakannya.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)
Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)
Dalam hadis yang lain, dinyatakan bahawa orang yang bersin yang mendengar saudaranya mendoakannya, maka dia boleh juga mengucapkan (selain di atas),
يَغْفِرُاللهُ لَنَا وَلَكُمْ
“Semoga Allah mengampuni diri kami dan kamu.” (Hadis Riwayat at-Thabrani. Lihat di dalam Shahih al-Jami’ oleh Syaikh al-Albani)
Atau, di dalam sebuah atsar dijelaskan, dari Nafi radhiyallahu ‘anhu,
“Apabila Ibnu Umar (radhiyallahu ‘anhu) bersin dan seseorang mengucapkan:
“يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya), maka dia (Ibnu Umar) mengucapkan:
“يَرْحَمُنَ اللهُ وَ يَغْفِرْ لَنَا وَلَكُمْ” (Semoga Allah memberi rahmat ke atas diri kami dan kamu)”. (Hadis Riwayat Imam Malik di dalam Muwaththa’, 54/5)
Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya),
“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin).” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011. Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)
Pas jumpa ngan Prof Kamal ari tu.. tetibe rasa down lagi.. sebab die kate cam banyak keje yang perlu dilakukan untuk dapatkan apa yang aku nak buat.. then apa yang aku buat selama ni x bape nak betul la caranye.. erm.. ni pon dah dekat 1 1/2 yr.. so another 1/2 yr to go.. sempat ke.. memang rase x sempat jek.. aduss.. paling2 lewat pon boleh add another a yr jek.. rasanyer la, kene clarify betul2 ngan BSM.. tu pon without scholar (lapor diri je walau x abes lg ujung taun nie..hv to finish within a yr), kalo x mampusss.. consider as fail.. mane la nak cekau duit byk2 tuk bayar balik.. huuwaaaa....
Ape ek nak tulih.. erm... tuk ari ni..
Wahh... d title cam gempak je.. not for sale k.. xceli just wanna share my interest wif u all.. long long time ago.. but now... i'm retire alrdy since my last delivery (aiceh cam byk beno delivernyer..wawawaaa) .. but i still play once in a while.. without using my equipment... i rather use in-house ball.. haha.. x larat dik oii angkat bola sendrik dah.. n i oso hv so many bitter n sweet memories in tis bowling sport.. nak citer panjang beno..
Just got his email just now..
Tis coming friday.. uu... i feel so nervous.. and hurmmm.. i shud prepare at least one slide of ppt to show my progress report and bring any new journal that i find as literature review..(actually i dunno whether tis
Really hope dat he can help me.. insya Allah.. till then..
Kakak ajak masuk pertandingan gubahan bunga dan hantaran. (organise by jawatankuasa komuniti kg kapar). So dah belek2, pk2.. kami decide kakak buat topi dari telekung, aku nak wat lampu tido dari kain pelikat.. Beberapa hari gak aku dok testing camane nak gubah jadi lampu.. akhirnye boleh gak.. tapi aku wat simple je.. tanpa frame gambar. Bunga lak dok google2.. ade la satu ni.. ok gak.. tapi aku tukar sket.. amek basic design je..
Tapi pas daftar rupanye, gubahan bunga tak de .. combine sekali ngan gubahan hantaran n sorang leh antar satu je.. seb bek jiran kakak aku ade.. so bagi nama die... rugi la tak masuk sebab barang2 sume dah ada.. aku kasi bunga kat die.. ajar die sket2 design yang aku plan nak wat.. the rest nanti aku tolong ubah2 mane yang patut.. seb bek leh wat camtu. dorang kate kirenye pembantu la..
Ni la beberapa gubahan hantaran yang ada..
my sis gubah: topi (no 1)
aku punye: lampu (no 2)
my sis: bunga
aku punye: bunga (no 5)
org len:
no 3
no 4
Dat day aku ade gak masuk len2 acara..
-->makan buah lai (no 3)
-->lari dalam guni (no 1)
-->anyam ketupat (no 1) anyam dlm masa limit minit - 8 ketul (terbanyak..hehe..)
so sume sekali aku telah menang 5 hadiah.. tapi sebab jiran kakak aku tolong gak untuk gubahan bunga (no 5) so hadiah tu aku kasi die..
so yang tinggal 4 hamper..
hamper makan buah aku kasi mak mertua kakak since aku pinjam renda2 tuk wat hantaran.. (renda tu kongsi ngan kakak)
hamper anyam ketupat kasi jiran yang tolong kakak aku gubah bunga..
so tinggal la 2 hamper je tuk aku.. tapi dah bukak hamper tu.. aku kasi sket kat mak mertua aku and jiran sebelah rumah aku.. sharing is caring...huhu...
ni la hamper yang telah dimenangi.. tapi tuk gubahan bunga no 5 tu dah kasi siap2 kat die..
Pelbagai elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.
Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang.
Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.
Lahir pada :
Dah boring ngan layout lama.. tapi yang ni pon tak bape nak berkenan gaks.. cume dah tak larat nak tukaq2 lg.. esok2 la pulak na.. cari hat yang tomei2 sket..
Lima perkara yang kita mahukan dan kita usaha utk mendapatkannya:-
1: Wajah yang cantik – solat subuh
2: Duit yang banyak – solat zohor
3: Kesihatan yang baik – solat asar
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak
Kata Nabi Muhammad S.A.W: "Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak ."
' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286
Salam.
Pengalaman kehilangan irfan buat seketika sungguh menyeramkan.
Sabtu lepas(10hb April 2010) lepas aktiviti PTM kat sekolah Irfan, kami g tgk wayang kat Sunway Piramid citer 'Clash of the Titans'.. best gak la citer die.. then masih awal.. so hubby bawak g Shah Alam kat taman.. intention nak g tengok ikan. So kami park kete kat lot parking yg berdepan ngan Seksyen 4 yang paling hampir dengan taman paling besar kat Tasik Shah Alam tu..
Kami kuar je kete, ade promoter dr Takasyimaya jual produk Titan(sum kind of protection for ur car).. die demo sket camane pencuri nak curik kete.. memang terkejut bile tgk die tunjukkan.. not more than 10 seconds pintu kete leh bukak tanpa bunyi alarm kete.. senang2 je kete leh kene curik.. ade a few ways yg dorang tunjuk..
So nak dijadikan cerita, mase dorang tunjukkan cara2 tu.. Irfan dah gerak sengsorang g taman, sesekali mata kitorang akan ushar kelibat die.. tapi sekejap je.. hubby x nampak dah kelibat die..
Punye la gelabah.. kami dok mencari merata tempat.. siap dak2 promoter tu pon cari gak.. aku siap tanye kat sume orang yang ade kat taman tu.. 'nampak tak dak kecik pakai baju belang2 kuning biru jalan kat sini'.. sume tak nampak.. mata dah bergenang.. aku cari smp ke wetworld tapi stil x de sorang pon nampak die..
Aku dah terjerit2, meraung2 menangis kat depan wetworld tu panggil nama Irfan, sume orang pandang.. aku dah x peduli.. kejap2 tepon hubby.. tanye dah jumpe ke tak..
Sekali tu ade kakak ni nak masuk wetworld, cakap kat aku, ade nampak budak kecik jalan sorang2 menghala ke pkns... aku pon kelamkabut berlari ke arah sane.. sambil tu tepon hubby cakap ade orang nampak die kat arah sane.. sambil2 tu tanye gak orang yg lalu kat situ.. dorang kate ade.. tunjuk arah ke sane...
Tak lama tu hubby kate dah jumpe.. die syok men kat taman yang dekat ngan cafe (tempat orang men kayak).. lega hati bile hubby kate dah jumpe.. Alhamdulillah..
Kalo x jumpe la ari tu.. x tau la aku camane.. risau giler.. pastu dak2 promoter dok nyakat aku.. nangis meraung2.. siott je.. sape tak sayang anak... dah la sikit punye susah nak keluor..
Tapi yang pasti kami yg salah.. shud be salah sorang patutnye jaga anak.. aku amek ni as pengajaran for both of us.. Irfan tak salah... die cume budak yang x de akal lg untuk berfikir.. tapi die memang budak yang berani.. berjalan tanpa ibubapa.. dan tak kisah pon bile tak nampak mak bapak die kat depan mata die..
Huuahuahuaa... nak gelak dulu.. giler kentang lawak... tadi pagi g isi minyak kat petronas tol subang nkve.. pas dah isi minyak.. try r start kete.. alamak! pesal lak nih.. kete tak leh hidup.. x de bunyi pape langsung.. try banyak kali.. x mau gak.. muke dah cuak giler..
Datang r mamat pekerje stesen minyak ni.. bukak bonet kete.. nengok pape yang patut.. tengok bateri ok lg.. cuit sane cuit sini.. ..ok try start.. tapi tak mau gak.. adusss.. bleh wat hal lak pagi2 ni.. tak penah2 jadi cenggini...
Tepon r CT saje nak gtau.. sebab ct pon penah gak jadi cenggini... pas tu baru roger HUBBY.. suh die datang nengok.. die pon ngan semangat akan datang kat situ.. hahaha...
Pas tu.. pekerje stesen minyak tu ketuk2 r bateri.. x de percikan api langsung.. die kate bateri ok ni.. ntah ape yang problem nih... ni bukan bateri ni.. aku kate 'tapi saya baru je servis kete ni.. rasanye x sampai sebulan lg, xkan ade problem kot..'.. hehe... die tgk2 lg.. try start tak mau gak.. die tanye 'sape nak datang sini tolong..', aku kate 'husband saya datang jap lagi..' die kate 'ok la.. kite tolak kete ni ke tepi'.. aku kate 'ok'.. aku pon standby kat tepi kete tu jaga stereng.. die kate 'x pe la, awak masuk..' ..aku pon masuk la kete..
Dengan pantasnye aku check gear sebab orang tu nak tolak.. so aku kene la tolak gear ke N, baru leh gerakkan kete kan.. tup tup.. aku nengok gear kat D2.. waahahawahahaa... patut r tak leh start.. wakakakaaa...
Diam tak diam dah masuk bulan 4.. rasa macam baru je masuk tahun 2010. Pejam celik pejam celik.. dah bulan 4.. tapi master aku masih takat tu aje.. sangat risau.. tapi aku cam rasa tak mampu nak abeskan master ni tapi bila pk2 balik.. bukan senang jugak kalau berhenti pon.. banyak nak kene bayo balik.. kat kpt n um as well.. hurmm...
Kenapa la masa ni sgt cepat berlalu.. dan kenapa la aku ni tak pandai.. rasa cam tahap kebodohan aku dah tahap gaban.. dengan kemalasan yang ada dalam diri.. Ya Allah.. Kau bukakanlah minda ku ini.. tunjukkanlah kepada hambamu ini jalan bagaimana untuk menghabiskan master ku ini.. hilangkan la sikap malas yang ada dalam diri Ya Allah.. (sikap malas tu kene ubah sendirik..hahaa..)
Rasa sangat seronok bila tgk owang len dah abes.. mampu ke aku nak sambung sampai PHD kalo cenggini gayanye.. master pon merangkak-rangkak.. aduss...
Saat ini, aku rasa cam nak sangat pregnant..haha.. nak rasa ada baby.. kalo gurl lagi best... wawawaa... tp dengan master yang dah bertangguh.. rasanye cam kene pendam je.. ngan a few masalah lain (only God knows)... tapi kalo pk sakit yg kene tanggung tu rase cam tak sanggup.. tapi best r tgk owang len dukung baby kecik2 nih.. hihi...